header

Penyelidikan & Pendidikan

 

Kecintaan kami terhadap gamelan Melayu telah memacu kami untuk mendalami ilmu dan falsafah di sebalik seni warisan ini.

 

Berbekalkan pengalaman bertahun-tahun dalam membuat persembahan di samping penyelidikan, serta ditauliahkan sebagai Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, ahli-ahli kumpulan kami telah mengajar di beberapa buah institusi kerajaan juga swasta, antaranya termasuk SMK Putrajaya Presint 8(1); Sekolah Menengah Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS); Australian International School Malaysia (AISM); Universiti Tenaga Nasional (UNITEN); Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Jabatan Muzium Malaysia.

 

  

Gambar ihsan Jabatan Muzium Malaysia dan Sekolah Menengah Sains Selangor

Pautan

 

The Malay Gamelan @Wikipedia

Sumbangan kami untuk ensiklopedia terbesar dan terkemuka di alam maya. (Anda juga boleh menyumbang!)

 

Gamelan in Malaya
oleh Alek Jeanson

Memuatkan tulisan Tan Sri Haji Mubin Sheppard tentang gamelan Melayu dalam lipatan sejarah.
(Harus dibaca!)

 

Laman Rasmi Gamelan Melayu Lembaga Muzium Negeri Terengganu

Dilancarkan sempena Festival Gamelan Sedunia 2010 di Terengganu. (Terdapat pautan ke pelbagai genre gamelan!)